BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Thursday 25 August 2011

PERCUBAAN STPM VS HARI RAYA

Baru saja masuk 3 paper exam aku...Adoyai lepas Hari Raya Aidilfitri 2011 nie ada sambungan percubaan pulak dah...Jadi,walau apa pun terjadi aku kena sabar dan terus bersabar...Raya ni memang tak ada mood langsung...smpi baju raya pon bli last minute...selalunya lagi 2 minggu nak raya dah bersiap sedia segalanya...Tapi terasa suram ja mood raya...Herm aku akan tetap bertahan dalam exam ni..Seperti karya anak cina nie,Syen Yee Aun


Pertahanan kamu perlu dikukuhkan
Kekuatan diri perlu ditingkatkan
Usaha semua perlu digandakan
Senjata individu perlu ditajamkan
Latihan perlu diperbanyakkan
Percayalah
Jeneral perang anda akan memimpin anda ke arah kemenangan
Ikutilah strategi , kaedah dan teknik perang mereka
Hormtilah Jeneral supaya mendapat berkat
Ingat!
Dari hari pertama andan menjejak kaki ke alam persekolahan
Anda tidak dapat mengelak daripada peperangan
Anda tidak boleh berundur
Anda hanya boleh mara ke hadapan
Sama ada anda ditumpaskan
Sama ada anda menumpaskan
Jika ditumpaskan akan kehilangan segala-galanya
Jika menumpaskan akan memperoleh segalanya
Biar memperoleh daripada kehilangan
Perjuangan manira belum tamat
Lawan tetap lawan
Berjuanglah sepenuh hati , sepenuh jiwa
Anda tidak boleh terkorban
Hanya masa , usaha dan tenaga boleh dikorbankan
Anda tidak boleh menyerah kalah walau a
pa terjadi
Biar putih tulang , Jangan putih mata
Bawalah semangat dan keyakinan bersamamu
Bersatu menyerang peperiksaanmu
Biar kubu cita-cita yangkukuh dapat ditelusuri
Biar sekuat kubu itu dapat ditawan
Peperangan dengan peperiksaan mesti menang
Kalahkannya , Tumpaskannya
Kemenangan akan memberi kekuatan
Kekuatan untuk menembusi kubu yang diingini
Sedarilah
Biar sekuat mana pertahanan , serangan dan kekuatan
Yang Esa tidak boleh diluputkan
Berdoalah pada Yang Maha Besar
Percayalah anda akan dirahmati , dilindungi
Rahmah dan lindungan ini akan memodenkan senjatamu
Bersatulah!
Sedarilah!
Bangunlah!
Bangkitlah
Berjuanglah!
Wahai golongan remaja dan pelajar yang unggul.

Sunday 17 July 2011

Sehari ke Universiti Utara Malaysia

Alhamdulillah,bersyukur kepada Allah kerana aku bersama-sama dengan teman-teman ke Universiti Utara Malaysia,Sintok Kedah...macam-macam penerangan yang kami dapat kat situ terutamanya di Perpustakaan Sultanah Bahiyah...Terasa diri ini masih lemah hanya dapat mengunjung universiti sahaja...Insyaallah,suatu hari nanti aku berharap dapat ke menara gading sebagai seorang mahasiswa juga...Buat semua pembaca,tolong doakan aku berjaya dalam exam yang kian mandatang ini...